mcmc
Maklumat Setempat

KISAH KEJAYAAN / CELIT IT Q2 2020 (APRIL – JUN)

ainj

Menjalankan Perniagaan Pakaian Kanak-kanak dan Baju Tshirt Dewasa

Nama                    : Nurul Ain Binti Jemari
Umur  : 29 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Seorang surirumah tangga dan menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini di samping dapat menjana pendapatan yang lebih. Beliau menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 10 tahun dan baju tshirt dewasa.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan secara serius dan mendapat tunjuk ajar dari Pusat Internet, beliau telah mendapat idea untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar angan-angan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook, WhatsApp, Instagram, WeChat dan Shopee bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti – MyShop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai, menjadi ketua stokis atau memiliki jenama pakaian sendiri pada masa akan datang.