| Tarikh | : 16 – 20 Jun 2025 |
| Masa | : 03.30 pm – 04.30 pm |
| Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
| Peserta | : Peserta DiLea |
Tujuan:
Program e-Tuisyen Tingkatan 4 dianjurkan bertujuan menyediakan ruang pembelajaran tambahan kepada pelajar dalam subjek-subjek teras. Kelas dijalankan secara dalam talian (live class) bersama guru-guru subjek bagi membantu pelajar memahami topik-topik penting dengan lebih berkesan. Kelas ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan menyelesaikan latihan secara langsung bersama guru.
Aktiviti:.
-Guru menyampaikan kandungan mengikut subjek
- Matematik – Pelajar mempelajari konsep Gambar Rajah Venn, termasuk cara melukis, membaca dan menyelesaikan masalah melibatkan set menggunakan gambar rajah tersebut. Guru membimbing pelajar menyelesaikan soalan latih tubi secara langsung.
- Bahasa Melayu – Topik yang dibincangkan adalah Kesalahan Bahasa, meliputi aspek seperti penggunaan kata tugas, imbuhan dan struktur ayat. Pelajar diberi latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan dalam ayat yang disediakan.
- Sejarah – Pelajar didedahkan kepada topik Era Peralihan Kuasa British di Tanah Melayu, dengan penekanan terhadap peristiwa penting, dasar British, dan kesan penjajahan. Guru turut menggunakan peta dan garis masa sejarah untuk memperkukuh pemahaman.
- Bahasa Inggeris – Sesi memberi tumpuan kepada kertas Listening, di mana pelajar menjalani latihan mendengar audio dan menjawab soalan berdasarkan pemahaman. Guru turut memberi teknik dan strategi untuk menjawab soalan listening dengan lebih tepat.
-Pelajar diberi peluang bertanya soalan secara langsung atau melalui ruangan chat. Guru juga melibatkan pelajar dengan soalan-soalan lisan bagi menggalakkan interaksi dua hala.
-Pelajar boleh mendapatkan nota dan rakaman kelas melalui sistem DiLea.
