mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mac 2026 : NADI Tiny Techies (Ulangkaji Python, HTML & SQL Siri 3)

Tujuan: 

Program NADI Tiny Techies dianjurkan bagi mengukuhkan pemahaman peserta sekolah menengah terhadap asas pengaturcaraan melalui kelas ulangkaji Python, HTML dan SQL Siri 3 secara dalam talian. Program ini membantu peserta memahami semula konsep asas pengekodan, pembangunan laman web dan pengurusan pangkalan data, di samping meningkatkan kemahiran berfikir secara logik serta minat terhadap bidang teknologi maklumat.

Aktiviti:.

  • Peserta sekolah menengah menyertai kelas ulangkaji Python, HTML dan SQL Siri 3 secara atas talian.
  • Tenaga pengajar memberi penerangan semula tentang asas pengaturcaraan menggunakan Python.
  • Peserta mengulangkaji struktur asas pembinaan laman web menggunakan HTML seperti tag dan elemen penting.
  • Penerangan mengenai konsep asas pangkalan data serta penggunaan arahan asas SQL.
  • Peserta mengikuti demonstrasi contoh kod dan latihan ringkas berkaitan Python, HTML dan SQL.
  • Sesi soal jawab bagi membantu peserta memahami konsep pengaturcaraan dan pembangunan laman web dengan lebih jelas.