| NAMA USAHAWAN | MEGAT BIN MT NAYAN |
| UMUR | 46 TAHUN |
| AHLI NADI | 2025 |
| LATAR BELAKANG | BAPA KEPADA TIGA ORANG ANAK DARI FELDA LAWIN SELATAN |
ENCIK MEGAT MENJALANKAN PERUSAHAAN MADU KELULUT
LATAR BELAKANG
Berbekalkan azam untuk mengubah nasib keluarga, Encik Megat bin Mt Nayan yang merupakan bapa kepada tiga orang anak dari Felda Lawin Selatan, sebelum ini menjalani kehidupan sebagai penoreh getah kira-kira 10 tahun lalu dengan pendapatan sekitar RM300 hingga RM600 sebulan. Selain itu, beliau turut melakukan kerja sambilan di pejabat penghulu bagi menampung keperluan keluarga.
Kekangan peluang pekerjaan di kawasan kampung menyebabkan beliau tiada pilihan selain meneruskan pekerjaan tersebut setelah kembali menetap di Felda Lawin Selatan. Namun begitu, beliau tekad untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan berusaha meningkatkan taraf hidup keluarganya.
PENGLIBATAN DALAM PROGRAM NADI & SOKONGAN AGENSI
Encik Megat merupakan antara usahawan bimbingan di bawah Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dalam kalangan golongan asnaf yang berusaha membina kehidupan yang lebih baik melalui bidang keusahawanan.
Perubahan dalam kehidupan Encik Megat mula terserlah apabila beliau aktif menyertai pelbagai program anjuran NADI, di samping mendapat bimbingan asas daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) sebagai usahawan dalam kalangan asnaf.
Melalui penglibatan bersama NADI, beliau telah:
- Menyertai webinar keusahawanan seperti pemasaran digital, perancangan perniagaan dan sesi perkongsian (podcast)
- Mengikuti program Mahir berkaitan pertanian
- Terlibat secara aktif dalam program komuniti seperti Cashless Society dengan membuka booth jualan
Selain itu, peranan NADI amat signifikan dalam membantu perkembangan perniagaan beliau melalui:
- Bimbingan penyediaan kertas kerja dan permohonan geran
- Sokongan dalam urusan digital seperti pemasaran atas talian
- Latihan penggunaan platform TikTok termasuk teknik live dan fungsi “beg kuning”
- Penyediaan ruang pemasaran dengan meletakkan produk di NADI
PERUBAHAN & PENCAPAIAN
Hasil usaha berterusan serta bimbingan daripada pelbagai pihak, Encik Megat kini berjaya mengusahakan perniagaan madu kelulut secara serius dan tersusun. Antara pencapaian beliau:
- Menjana pendapatan melebihi RM10,000 sebulan
- Menghasilkan dan menjual madu kelulut asli
- Menjual sarang lebah kelulut kepada usahawan baharu
- Memasarkan produk secara fizikal dan dalam talian
KISAH KEJAYAAN
Kejayaan Encik Megat bukan sahaja terletak pada peningkatan pendapatan, malah turut menunjukkan perkembangan dari segi inovasi dan penjenamaan produk.
Beliau telah mempelbagaikan produk seperti:
- Madu kelulut dalam botol eksklusif
- Madu stick
- Sabun berasaskan madu kelulut
Dengan bimbingan dan pendedahan daripada NADI, beliau juga berjaya:
- Memasarkan produk melalui TikTok Live
- Menghasilkan bahan promosi seperti label, pembungkusan dan risalah
- Memperluaskan jualan ke kiosk MAIPk, kedai tempatan, program komuniti dan NADI
Selain itu, beliau turut membangunkan kawasan ternakan lebah kelulut sendiri dan dalam usaha mendapatkan pensijilan halal bagi meningkatkan keyakinan pengguna.
PERANAN NADI DALAM KEJAYAAN
NADI memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dalam kejayaan Encik Megat, khususnya dalam aspek:
- Peningkatan kemahiran digital dan keusahawanan
- Akses kepada latihan dan maklumat terkini
- Sokongan teknikal serta bimbingan berterusan
- Platform untuk mempromosikan dan menjual produk
HARAPAN & PERANCANGAN MASA HADAPAN
Encik Megat berhasrat untuk terus mengembangkan perniagaan madu kelulut ke tahap yang lebih tinggi serta membantu lebih ramai individu, khususnya dalam kalangan asnaf, untuk menceburi bidang ini.
Kisah kejayaan Encik Megat bin Mt Nayan membuktikan bahawa dengan usaha, bimbingan yang betul serta sokongan berterusan daripada agensi seperti MAIPk dan NADI, seseorang individu mampu mengubah kehidupan daripada serba kekurangan kepada usahawan berjaya. Kisah ini diharapkan menjadi inspirasi kepada masyarakat setempat untuk terus berusaha meningkatkan taraf hidup.


