mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti April 2025 : Program Mentor Tiny Techies

Tujuan: 

Program Mentor Tiny Techies merupakan inisiatif pembelajaran teknologi secara asas dan interaktif yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada dunia teknologi serta membina kemahiran asas dalam bidang seperti pengaturcaraan, elektronik mudah, dan konsep STEM secara menyeronokkan.

Aktiviti:.

-Mentor menerangkan konsep asas berkaitan Tiny Techies, termasuk penerangan tentang komponen utama seperti LED, buzzer, sensor, dan papan litar asas

-Mentor menunjukkan secara langsung bagaimana komponen disambungkan dan berfungsi, disertakan dengan penerangan secara langkah demi langkah

-Peserta diberi peluang untuk mencuba simulasi secara maya melalui platform dan perisian yang dinyatakan oleh mentor, dengan bimbingan masa nyata daripada mentor