Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2024 : Asas ICT (Pembelajaran Atas Talian)

Tujuan: 

Pelajar hadir ke NADI untuk membuat ulangkaji secara atas talian. Kemudahan PC, capaian internet yang laju dan fasiliti yang selesa sesuai untuk pelajar membuat aktiviti pembelajaran seperti pembelajaran atas talian, belajar berkumpulan, menyiapkan tugasan kerja kursus, kerja sekolah dan sebagainya. Setiap ahli NADI akan mendapat percuma penggunaan PC selama 1 jam setiap hari.

Aktiviti:.

-Pelajar mencari bahan ulangkaji di YouTube dan Google

-Pelajar mendengar dan memahami teknik-teknik / formula yang diajarkan.

-Pelajar menggunakan servis printing yang ada di NADI untuk print nota dan soalan berkaitan.