Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2024 : Kursus Pengendalian Makanan Atas Talian

Tujuan: 

Tujuan utama kursus adalah untuk memastikan makanan yang disediakan selamat untuk dimakan dan mematuhi standard kesihatan serta keselamatan yang ditetapkan. Melalui kursus ini, pengendali makanan perlu memahami prinsip-prinsip keselamatan makanan untuk mengelakkan risiko keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan seperti jangkitan salmonella. Kursus ini turut memberi penekanan kepada kepentingan kebersihan diri dan premis dalam memastikan keselamatan makanan.  

Aktiviti:

-Peserta menyertai kursus melalui link zoom yang disediakan oleh pihak pengurusan kursus. 

-Tenaga pengajar memberi penerangan berkenaan asas keselamatan makanan seperti cara penyediaan makanan dengan betul. 

-Menerangkan kepentingan amalan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan betul, menggunakan pakaian perlindungan, memastikan kebersihan alat serta peralatan dapur.

-Peserta juga perlu menjawab beberapa soalan setelah tamat setiap topik.

-Peserta akan mendapat sijil kursus latihan pengendali makanan yang sah seumur hidup.