Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2024 : NADI Nurture DiLea (Digital Learning-Subjek Sejarah)

Tujuan: 

Program NADI Nurture DiLea dilaksanakan bertujuan memberi bimbingan kepada pelajar tingkatan 4 untuk lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM subjek sejarah pada tahun hadapan. Seramai 2 orang ahli NADI Felda Lawin Selatan telah terpilih untuk mengikuti program ini.

Aktiviti:.

-Peserta perlu masuk ke Google Meet melalui platform DiLea.

-Pengajar berkongsi teknik-teknik membuat nota dan menjawab soalan sejarah seperti :

  • Teknik Scanning: Mencari maklumat spesifik seperti tarikh, peristiwa penting, atau nama tokoh dalam teks.
  • Membuat peta minda untuk memetakan hubungan antara peristiwa sejarah.
  • Menyediakan nota ringkas dengan poin penting seperti tarikh, tokoh, dan sebab akibat peristiwa.
  • Membimbing pelajar untuk memahami format soalan SPM, termasuk soalan objektif, struktur, dan esei.

-Pengajar memberi penerangan kepada peserta cara untuk menggunakan platform DiLea. Pelajar boleh mendapatkan nota, video rakaman kelas di dalam sistem tersebut.