Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2024 : NADI x Kesejahteraan Kendiri

Tujuan: 

NADI menyediakan peluang kepada komuniti setempat untuk membuat pemeriksaan kesihatan kendiri (pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan BMI). Pemeriksaan kesihatan dilaksanakan secara percuma kepada ahli NADI. Tujuan program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran komuniti pentingnya membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Aktiviti:.

-NADI menyediakan kemudahan peralatan saringan kesihatan kendiri yang sesuai untuk membantu memperkasakan komuniti dalam membuat saringan kesihatan secara konsisten.

-Komuniti boleh melakukan penilaian kesihatan kendiri termasuk tekanan darah, BMI (Indeks Jisim Badan), dan bacaan gula dan kolesterol pada masa yang sesuai untuk mereka

-Petugas akan merekodkan bacaan penilaian kesihatan kendiri sebagai rekod.