Tarikh | : 13 Disember 2024 |
Masa | : 03.30 pm – 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Tujuan utama Sesi Webinar NADI X Cybersecurity ini adalah untuk memberikan pendedahan asas Cybersecurity yang direka khusus untuk memperkasakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam Cybersecurity . Sesi Webinar NADI X Cybersecurity ini adalah percuma kepada semua ahli NADI serta melibatkan peserta daripada kalangan pelajar Sekolah Menengah berumur antara 13 hingga 17 tahun.
Aktiviti:.
-Peserta perlu masuk ke pautan webinar yang telah disediakan, mengikut sesi yang telah dipilih oleh peserta.
-Antara topik dan isu yang dikupas semasa sesi webinar adalah :
- Ancaman siber terkini seperti phishing, ransomware, dan identity theft
- Penipuan dalam talian (contoh: scam e-dagang atau pelaburan palsu).
- Contoh kes kebocoran data besar-besaran dan implikasinya.
- Perlunya pendidikan siber sebagai sebahagian daripada kurikulum.
- Menyedarkan pelajar tentang akibat undang-undang bagi pelanggaran etika dalam talian.
-Di akhir webinar, peserta diberi peluang bertanya dan berkongsi pengalaman berkaitan keselamatan siber.