Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2024 : Soft Skill (Bengkel Penulisan Resume)

Tujuan: 

NADI melaksanakan bengkel penulisan resume untuk membantu komuniti setempat memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan resume yang profesional. Dengan menyertai bengkel penulisan resume, komuniti dapat meningkatkan kemahiran penulisan resume serta mendapat tahu teknik-teknik penulisan resume yang berkesan.

Aktiviti:

-Peserta boleh memilih sama ada ingin mencipta resume menggunakan template Microsoft Word atau pun template di Canva.

-Pemilihan template resume yang bersesuaian dan formal.

-Penggunaan format tulisan mudah dibaca dengan menggunakan huruf dan saiz fon yang jelas untuk memudahkan pihak penemuduga membaca resume.

-Memasukkan pengalaman kerja yang lepas dan menerangkan secara ringkas tugas dan tanggungjawab. Selain itu, maklumat kemahiran juga adalah penting supaya penemuduga dapat melihat kelebihan yang ada pada calon seperti kemahiran menggunakan software.

-Peserta juga perlu memasukkan gambar terkini serta maklumat terkini untuk dihubungi seperti nombor telefon, email.