mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2025 : Program Mentor Tiny Techies Sesi 6

Tujuan: 

Program Tiny Techies: Mentor Sesi 6 dianjurkan sebagai sesi penilaian akhir bagi menilai tahap pemahaman dan penguasaan peserta terhadap kandungan yang telah dipelajari sepanjang sesi Tiny Techies sebelum ini. Program ini bertujuan untuk menilai prestasi peserta melalui kuiz berdasarkan topik-topik penting dalam dunia teknologi asas seperti servo angle set bagi pelajar sekolah menengah dan micro:bit bagi pelajar sekolah rendah.

Aktiviti:.

-Peserta diberikan taklimat ringkas tentang format kuiz dan peranan sesi ini sebagai penilaian akhir.

-Pelajar Sekolah Menengah menjawab kuiz yang menguji kefahaman tentang topik Set Servo Angle, termasuk konsep asas servo motor, sudut putaran, dan penerapan dalam projek digital.

-Pelajar Sekolah Rendah menjawab kuiz berkaitan penggunaan micro:bit, termasuk asas pemprograman, input/output, dan aplikasi micro:bit dalam projek kreatif

-Berdasarkan keputusan kuiz, peserta dengan pencapaian terbaik akan disenarai pendek untuk mewakili NADI ke peringkat kebangsaan.