mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mei 2025 : NADI Tiny Techies (Bengkel SQL)

Tujuan: 

Ahli NADI yang berumur 13 – 17 tahun hadir ke NADI untuk menyertai Bengkel SQL, yang dilaksanakan di bawah program NADI Tiny Techies. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep pangkalan data dan kepentingannya dalam pelbagai aplikasi digital dan teknologi masa kini. Selain itu juga, dapat membina keyakinan pelajar untuk meneroka bidang sains komputer dan pengaturcaraan melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan praktikal.

Aktiviti:.

-Sesi pengenalan dimulakan dengan penerangan asas tentang pangkalan data: apa itu data, bagaimana data disimpan dan dikendalikan menggunakan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).

-Demonstrasi langsung oleh tenaga pengajar tentang cara menggunakan platform latihan SQL secara dalam talian

-Sesi soal jawab dan refleksi: Peserta berkongsi pengalaman mereka semasa bengkel dan apa yang mereka pelajari. Penceramah memberi maklum balas dan dorongan untuk terus meneroka bidang teknologi.