mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Mei 2025 : Program Mentor Tiny Techies Sesi 4

Tujuan: 

Bertujuan meningkatkan minat pelajar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui pendekatan pembelajaran yang kreatif dan mesra pelajar, serta Membina keyakinan pelajar dalam menggunakan teknologi, bukan hanya sebagai pengguna tetapi sebagai pencipta kandungan digital. Melalui konsep “mentor-mentee”, pelajar dibimbing oleh fasilitator dan mentor berpengalaman dalam sesi yang santai, praktikal dan menyeronokkan. Kandungan program disusun mengikut peringkat umur, di mana topik yang diajar berbeza bagi pelajar sekolah rendah dan menengah bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanan pembelajaran.

Aktiviti:.

-Aktiviti ‘drag and drop coding’ untuk memahami konsep logik atur cara secara visual.

-Latihan hands-on menggunakan komputer di mana peserta mencuba sendiri tugasan berdasarkan arahan mentor.

-Bengkel mini bertema seperti “Bina Laman Web Ringkas”

-Sesi soal jawab dan penyelesaian masalah di mana pelajar bebas bertanya jika menghadapi kesukaran.