| Tarikh | : 25 Mei 2025 |
| Masa | : 10.00 pm – 12.00 pm |
| Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
| Peserta | : Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam dunia teknologi dan pengaturcaraan menerusi aktiviti berasaskan amali dan penerokaan perisian/perkakasan. Dalam sesi kali ini, pelajar sekolah menengah didedahkan kepada penggunaan perisian Thonny IDE, sebuah platform untuk penulisan dan ujian kod Python. Manakala, pelajar sekolah rendah pula mempelajari asas IR Sensor (Infrared Sensor) dan bagaimana sensor ini digunakan dalam teknologi harian.
Aktiviti:.
-Pengenalan kepada Thonny IDE di mana pelajar diperkenalkan dengan antara muka perisian, cara memasang dan fungsinya dalam menulis kod Python.
-Latihan asas pengekodan Python, seperti penggunaan input/output, pemboleh ubah, dan gelung (loop).
-Pengenalan kepada IR Sensor iaitu apa itu sensor inframerah, bagaimana ia berfungsi, dan contoh penggunaannya dalam kehidupan (seperti pintu automatik, pengesan halangan robot, dan alat kawalan jauh).
-Aktiviti amali di mana pelajar melihat bagaimana sensor mengesan halangan dan bertindak balas melalui lampu LED atau buzzer.
