mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2025 : NADI Tiny Techies (Micro:Bit : Bengkel Mahir Tiny Techies)

Tujuan: 

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan asas pengaturcaraan dan teknologi kepada murid sekolah rendah melalui penggunaan Micro:bit, iaitu alat mikropengawal mudah yang sesuai untuk pembelajaran awal dalam bidang robotik dan digital. Dengan pendekatan secara interaktif dan praktikal, bengkel ini bertujuan meningkatkan minat murid terhadap bidang teknologi dan robotik. Selain itu, memberi pendedahan awal tentang fungsi dan penggunaan Micro:bit.

Aktiviti:.

-Bengkel ini dijalankan secara atas talian dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang teknologi pendidikan. Antara pengisian utama bengkel ini adalah:

  • Pengenalan kepada Micro:bit. Peserta diperkenalkan dengan komponen dan fungsi asas peranti Micro:bit.
  • Peranan Micro:bit dalam Robotik. Penerangan tentang bagaimana Micro:bit digunakan sebagai “otak” dalam robot ringkas.
  • Aktiviti mencipta nama dan wajah robot. Peserta belajar mengatur paparan LED pada Micro:bit untuk membentuk nama dan ekspresi wajah robot secara kreatif.
  • Latihan asas pengaturcaraan. Peserta didedahkan kepada blok kod asas menggunakan perisian Micro:bit (MakeCode).
  • Sesi demonstrasi dan interaktif. Tenaga pengajar menunjukkan contoh penggunaan sebenar Micro:bit dalam projek robotik asas dan peserta turut berpeluang mencuba secara maya.