| Tarikh | : 8 Mac 2020 |
| Masa | : 10.00 am – 12.00 pm |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
| Peserta | : Pelajar tahun 4 – 6 |
Tujuan:
Untuk menggalakkan para pelajar mengisi masa lapang mereka semasa hari minggu dengan aktiviti yang berfaedah. Di samping itu, para pelajar dapat belajar dan seterusnya mahir tentang asas komputer.
Aktiviti:
Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah rendah darjah 4 hingga 6. Petugas Pusat Internet menyediakan dan membentangkan satu contoh surat kiriman rasmi untuk ditaip oleh pelajar-pelajar ini. Mereka belajar kemahiran asas menaip seperti menukar huruf kecil dan huruf besar, membuat garisan, simbol-simbol, menyimpan file dan sebagainya.
