Selamat Datang Ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan
NADI merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi, antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
Objektif penubuhannya adalah meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan, merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras matlamat kerajaan dan memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Selain itu, pusat ini juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet serta meningkatkan taraf sosio- ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelawat yang sudi melawat portal ini. Kami disini amat mengalu-alukan kunjungan anda ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan menyediakan perkhidmatan seperti kemudahan internet jalur lebar, sesi latihan pembelajaran, khidmat scanning, printing, fotostat, binding dan laminate serta zon internet tanpa wayar (wifi zone).
Kami juga mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari orang ramai bagi menambahbaik atau memperkemaskan lagi perkhidmatan NADI agar dapat berfungsi dengan lebih baik.
Pengurus: Pn. Nurul Azizan Bt. Md Zabidi (0195220457)
Penolong Pengurus : Cik Fatin Shazwani binti Muzafar (0135147932)
Alamat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan,
Felda Lawin Selatan,
33300 Gerik, Perak.
Longitude: 101.034194
Latitude: 5.305222
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali cuti UMUM ( 9.00 pagi – 6.00 petang)
Rehat ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Rehat hari Jumaat (12.30 tengahari – 2.45 petang)
Segala soalan atau cadangan boleh email kepada :
Email : am.feldalawinselatan@gmail.com
Portal : http://lawinselatan.pjk.com.my
“Bersama Merapatkan Jurang ICT”