SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA LAWIN SELATAN
Pusat Ekonomi Digital merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN :
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan
internet.
– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan
aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan
matlamat kerajaan
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
Pusat Ekonomi Digital Felda Lawin Selatan menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
> Pengenalan asas komputer
> Asas internet
> Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
> Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
> Latihan keusahawanan
> Asas internet
> Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
> Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
> Latihan keusahawanan
JUMLAH KEAHLIAN :
Pusat Ekonomi Digital Felda Lawin Selatan telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Ekonomi Digital Felda Lawin Selatan bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
|
AHLI LAMA |
1856 |
|
AHLI BARU BULAN JANUARI- MEI 2023 |
5 |
|
KESELURUHAN PADA OGOS 2023 |
1861 |
KENALI PETUGAS PEDi :
Untuk menjadi petugas Pusat Ekonomi Digital, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami.
PENGURUS
NAMA : NURUL AZIZAN MD. ZABIDI
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 17/12/2012
PENOLONG PENGURUS

NAMA : FATIN SHAZWANI BINTI MUZAFAR
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 24/07/2022
